Last day 2009, esok tahun baru 2010, yeayyyy!!!!

Yeay esok cutiii!!!!.

Masuk tahun baru ni azam baru:

1. Nk kompol duit
2. Nk cari kerja baru
3. Nk menikmati saat berharga dengan family
4. Nk tulis budget dalam buku organizer 2010
5. Nk g kenduri kawin kawan2...sbb thn 2009 aku x sempat nk g...x stabil lagi
6. Harap-harap stabil la thn 2010
7. Nk smbut besday 10.10.10...har..har

p/s: hehehhehe....

Fasilitator schoolnet (LAPORAN BULAN OCTOBER)


bak kata orang "indah kabar dari rupa"..

sejak aku terjebak dalam kancah dunia pekerjaan ni..baru aku tahu..susah rupenye..dulu aku pikir kerja lagi besh dari belajo...sebab ujung bulan boleh kira uwang...

sekarang setelah bergelar kuli aku rasa...rasa apa eh....nth..rasa nk cuti panjang kot..

Setelah lebih kurang 5 bulan aku kerja...apa yang aku dpat???sepi,bohsan,tertekan,stress,dan segala yang negative..tapi kengkadang happy pulak (awal bulan time dapat gaji je)...mungkin aku sudah tahap kronik...antara gila dan warazz...

Tapi jadi fasilitator schoolnet ni mmg buat aku kengkadang gila (sebab dodok bilik cam kene kuarantin= makmal komputer)...jujur sgt ke aku ni?nth2 ada spy yang baca aku nyer diari online ni..jgn amik tindakan...

Scop keje sebagai FS ni agak meluas..jadi aku sempitkan cket...keje aku merangkumi technician,fasilitator,penjaga makmal,tukang sapu,nk keje ajar cikgu, budak,org kg...kesimpulannya...segala yang berkaitan ICT...tp aku x rasa aku bleh cover sme tuh...

bagi sekolah yang ada technician mungkin boleh focus untuk mengajar pelajar tapi bagi skolah yang x der abg ke akak technician....letihhh...

sejak 2 menjak ni...aku mula rasa bohsan,boring,feedup(betul ke aku eja ni)....lantak la...


p/s:kerja...hari2 kerja...hari2 lepak..hari2 layannnn....

Saya rindu mak abah....lamanya masa 44 hari...bila dorg nk balik

Walaupun 44 hari je,tapi rasa cam x besh...padahal sblm ni bertahun-tahun (sejak skolah menengah-amik degree) x dudk ngn mak abh aku x kisah pn sme ni...tp kenapa sejak kerja,tido,makan bawah ketiak mak ni rasa cam ada mende x lengkap....mungkin suara mak jerit "shidaaaaaaaa....."..
_____________________________________________________________________________________
dulu bila aku balik umah waktu lunch aku boleh makan gulai masam mak masak
sekarang aku tengok je meja makan dapur kosong kecuali(gelas adik aku minum x letak dalm sinki..hangin je)
_____________________________________________________________________________________
dulu sebelum g keje, abah tengok luar takut aku langar kete dia dgn tiang umah.
sekarang aku hentam saja asalkan boleh gerak kete tuh....x pro lagi bab parking ni..
_____________________________________________________________________________________
dulu pagi2 abh dah beli sarapan kegemaran aku (nasik kerabu)
sekarang sampai je skolah aku dengar perot aku bunyik...hampeh..
_____________________________________________________________________________________
dulu mak membebel itu ini begitu begini...
sekarang sunyi, kosong.....
_____________________________________________________________________________________
dulu nk tido kat umah x takut, x der pon lampu idop mati,idop mati
sekarang lampu ni permainkan aku...tetibe je tersedar kol 3 pagi...aduii...nk kata makhluk halus kang aku x nampak plak semut ke lipas ke..
_____________________________________________________________________________________
dulu kalo aku x der duit aku boleh mintak..."abah nk duit..hehe"
sekarang nampaknya aku kene g cocok sendiri kat Gua Musang.
_____________________________________________________________________________________
dulu hidup aku gembira dengan mak abah
sekarang aku x der sesapa nk dengar cerita aku (nak harap adik...ckp ngn moto dia boleh la...hari2 ngadap moto)
_____________________________________________________________________________________
dulu kalo aku terlupa nk jemur kain (buat-buat lupa) mak tolong sidaikan
sekarang haaaaa, dalam mesin basuh tuh jugaklah sampai petang
_____________________________________________________________________________________
dulu tibi kat umah mak abah berkuasa, berita,berita,berita
sekarang tibi x menarik minat sesiapa...sia-sia baya astro
_____________________________________________________________________________________
tapi walau cmna pun dulu, kini, sekarang, selamanya...aku tetap akan doakan
abah dan mak selamat pergi dan selamat kembali ke bumi Malaysia dan mendapat haji yang mabrur dan dilindungi Allah sepanjang masa.


AMINNNN....

p/s: 4/12 2009 cutiiiiiii..nk amik abh mak kat KLIA..kekeke
_____________________________________________________________________________________

Raya aidilfitri dah berlalu, raya aidiladha bakal menjelma.



Selamat ari raya buat rakan2,warga SMKM,ex-unikl BIMD,ex-DDZ,INSEP,dan semua umat Islam....

SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR DAN MENTAL.

Straw--------beryyyyyy

Dah lama x g berjalan-jalan cuci mata sejak aku kerja...hari ni...aku jenjalan ngn kak inda,busu,mak teh dan alif ba ta duniaku.....ke CH (cameron highland)

Antara yang menarik kat sana ....strawberyyyy,strawberyyy eskim....nyummm...gambar plak stakat bunge-bungi je...sbb tuh je yang cantik dimata....





p/s: len kali nk g lagi jumpe uncle raju....mau makan eskim strawbery....nyum2...

sesal, kesal, menyesal, tersesal, kekesalan, penyesalan

Assalamualaikum w.b.t,

satu persoalan yang tetibe wat aku nk tlis arini, "kita hanya tersedar kepentingan/ kehadiran seseorang hanya selepas dia pergi wat slamanya"

Akhir-akhir ni aku terasa adakah aku punyai peluang untuk menulis tok post yang seterusnya? adakah aku ??


ni kata2 yang akan aku rasa cantik sekali susunan ayat dan maknanya amat mendalam untuk kita renungkan dan selamat beramal oleh Allahyarham Ustaz Asri.

"
Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...
"
---dipetik dari blog beliau

p/s: aku rindu dak2 uma N-A-17,dak INSEP,UNIKL-bimd family (wlpn aku dok ngn mak abh)...heheh

Yahooooooo!!!!

Gembira,sedey,suke,neves,pening....sme ada..

akhirnya aku leh balik kg Merapoh dan dudk ngn mak ngn abah balik....yeaaa..yeaaa..

kenang2 blik interview aku yg kedua ni byk hikmah aku gagap pon dan yang penting skali ..yang menyebabkn aku boleh balik kg..

hehe..

jeng jeng jeng


agaknya ni la berkat aku bgn awal...dan jadik org pertama diinterview...hehe..
tp solan yg ditanya oleh tukang tanya tuh..aku dah agak dah...solan2 yg bakal ditanya...nasib aku borak2 ngn dak yg dtg inteview ngn pinjam baca kejap nota dorg..

masuk2 je...dorg suh perkenalkn diri..
masuk soln kedua..dah msuk bab pengetuan am....mule la ni...aku tau markah part ni 10 markah...dorg nanya "siapakah menteri pendid"...zapppp....x sempat dorg nk nanya aku dah jawab dengan selamber...tan sri muhyidin yasin..gedubukk....aku kene balikk

"ada saya cakap menteri?...ok solan dia siapakan timbalan menteri pendidikan..bg kedua2 nya.."

aku jawab....dato dr..zakkaaa....zakaaaaa....rshiii...bin...???
yang kedua dato dr.....wwwwwwwww......??kantoiiii...x hafalll

si interviewer bertanya lagi "tau tak apa itu FS...aku blur lagi...slamba lagi jawab...f tuh tok facilitator ...s tuh untuk school net...hehe....
aku nanyer "btol x"...hehe..
kene lagi sedebuk..."awak sepatutnya tahu kan...??"..sengih je..

soalan teknikal...dorg naanyer apa beza intranet ngn internet?
senyum aku dengar solan tuh...perghh..ni peluang baik ni...

solan seterusnya...kalo sebuah pc tuh x leh connect internet..camner awak nak buat?
lagi besh....hentam saja lah labu...pingg pongggg...

sesi bahasa ingeris..."why we should hire u from the rest"....hehe...lagi besh..masuk bakull...angkat sendri..

"why u choose to working at public sector and not private.."
aku senyum lagi...sedekahhh tol laa...solan yg mmg solan bocor...

lps je aku selesai menjawab..seringkas..dan senipis yg boleh...ok dorg pn x sabar2 nk suh aku keluar..sambil ckp "awak doa2 lah agar dpt.."

"aminnn"

dan hari tuh jugak aku ada exam microsoft ...sme berjalan lancar....fuhh


yang buat pening ni ...aku x hbs lagi training...exam ccna x amik lagi...cmno ni..klo aku bnti aku kene bayoo...ah sudah..

Sesak!!!!


kasut sape yg tercicir ni~

SESAKKKKK!!

Hari ni dalam sejarah...aku lepak kt komute 2 jam stenggg.....aku x tau pasal aper..
..mngkin kerana cuti skolah..tp kita mne leh salahkn penumpang...adakah salah pengurusan KOMUTER....aku pn x paham..kalu cmni la hari2..mau pengsan gueee....

sepanjang aku ddk situ aku dah hafal da...

1.ting tong ting tong
...bagi penumpang ke laluan seremban tren akan tiba dalam masa 20 minit lagi...sila beratur digarisan HIJAU..

2.ting tong ting tong
...perhatian kepada penumpang ke rawang, tren mengalami kelewatan kerana terdapat ganguan bekalan elektrik di **** dan ****...tren akan mula beroperasi selepas setengah jam..harap maaf..

3.ting tong ting tong
...tren shuttle ke kajang akan tiba dia platform 2.. tren ini akan berhenti di seputeh..salak selatan..bandar tun razak dan tasik selatan..(ulang 3 kali)

4.ting tong ting tong
...tren ke rawang akan tiba dalam masa 15 minit lagi..sila beratur di garisan hijoo..

ps:mkin lama aku dengar sore org tuh...makin x sedap ..nape eh...tukar org len x..mencikk~

yeay settle exam 70-640...susah gilerrsss.....memang ingt dah fail da..tp alhamdulillah...cukup2 makan...mmamammamamamm...

Exam lagi~



lagi2 exam...nth biler la aku nk leh relek ni....

hari2 aku dipenuhi ngn exam.....lepas satu2....

hari ni first paper...bru lepas satu paper....Vista...ni pn dah pening2..

sebelum ni aku anggap test kete lagi susah dari amik degree...skang aku rasa exam Vista ni lagi susah dari test kete...hahahhaha

harap2 untuk exam yg mnyusul lps ni..aku leh wat lagi terbaik...amiiinn...

Pening pale bermula di bulan MAY

Bulan penentu..

Result cmne
Keje
Kursus
Doit
Rindu mak abah
interview

akhirnya aku wat keputusan amik kursus MCITP dan CCNA..

sbb ni kot aku pening2...spe2 ade tips nk interview?
gabra,gubra,sepet...smoga aku x gaaa gaaaa gaaaaa ppppppppppppppppp
wish me luck and will pass all the exam...with flying colours and elaun mooney....enjoyyyy

Tukar2...sume dah dirombak...

keratan diambil dari Berita harian...
sambungan dari post sebelum ni "bila engkau jauh..."aku x sangka secepat ini kesan keatas aku..wah...naseb baik nk hbs blaja da...kalo x pening nk pkir..cmner ngn loan..cmner ngn yuran..cmner ???.najib...dah menguasai..muahahah

KUALA LUMPUR: Semua fungsi dan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) yang dibubarkan dalam Kabinet Datuk Seri Najib Razak minggu lalu, akan diserapkan ke lapan kementerian lain.

Kerajaan juga akan memastikan peranan utama MeCD sebelum ini terus diberi penekanan, terutama bagi melahirkan masyarakat perdagangan serta perindustrian Bumiputera, memperluaskan dan mempercepatkan pembabitan Bumiputera dalam arus pembangunan ekonomi, membangun kawasan pertumbuhan baru dan memperkasakan koperasi.

Perdana Menteri, dalam kenyataannya semalam, berkata fungsi Pembangunan dan Penggalakan Sistem Francais serta Pembangunan Skim Vendor dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Turut dipindahkan ke kementerian itu ialah Pembangunan Koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Maktab Kerjasama Malaysia, manakala Pembangunan Masyarakat Perindustrian Perdagangan Bumiputera, Institut Keusahawanan Negara (Insken) dan Bank SME diserapkan ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) pula dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM), Pusat Khidmat Kontraktor ke Kementerian Kerja Raya, manakala Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, Perbadanan Pembangunan Bandar, Perbadanan Nasional Bhd serta Bank Rakyat ke Kementerian Kewangan.

Mara dipindahkan ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, sementara Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Malaysia-Japan University (Maju) pula dipindahkan ke Kementerian Pengajian Tinggi.

Pada sidang medianya pula, Najib menegaskan pemansuhan MeCD tidak menimbulkan masalah kerana agensi di bawah kementerian itu tidak dibubarkan.

"Tugas dan tanggungjawabnya seperti biasa. Umpamanya, Mara kita kembalikan ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah seperti zaman Allahyarham Tun Ghafar Baba dulu.

"Lagi pun, menterinya sekarang seorang Naib Presiden Umno (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal). Takkan dia tidak boleh diharap melaksanakan program Mara," katanya.

Perdana Menteri berkata, pemansuhan MeCD tidak sepatutnya dijadikan isu kerana ia dilakukan untuk mewujudkan kerajaan yang lebih kecil dan cekap.

Mengenai LPKP, Perdana Menteri berkata, agensi itu ditempatkan di bawah JPM berikutan keputusan terdahulu untuk mewujudkan Lembaga Pengangkutan Kebangsaan yang merentasi pelbagai kementerian.

Beliau bagaimanapun berkata, keputusan belum dibuat mengenai Menteri di JPM yang bertanggungjawab menerajui badan baru yang dijangka dilaksanakan tahun ini.
_____________________________________________________________________

kesan keatas pelajar Unikl..
1.Akan jadi cam UITM---dulu2 uitm cam unikl...ada keistimewaan tok bumiputra..dll
2.Cmner ngn kuota pelajar bumiputera
3.akan ada MUET..muahaha..aku x yah amik..yes..sbb dah hbs
4.cmner ngn MARA?Susah ka kot..
5.yuran pengajian jadik murah ke?kalu cmtuh bgus la..kalo x parak...dah la PTPTN...tu kalo MARA x mo tangung da..
6.Bangga le cket...sblm ni org x biasa dengar UNIKL..siap ckp swasta eh...ok ke?mahal?
7.kalo UNIKL naik jadi IPTA...sblm ni unikl dimiliki oleh MARA..lps ni cmner dgn kelayakan nk msuk ..mesti jadi semakin susah..cmne nk tlg org kita...sblm ni unikl mmg dibina khas untuk tolong anak melayu...
8.kat mana lagi org yang kurang berkemampuan dari segi kewangan dan akademik nak pegi...tp ape pon UNIKL sblm ni mmg ok..mintak2 lps ni jadik lagi ok..jgn K.O

_____________________________________________________________________

p/s:ni cume pandangan aku je...aku kan anak abah...

la la la la la la la la la la la la la la la la



Gelisah, kugelisah
Mengenangkan masa depan
Kuharus kerja
Oh! Mesti kerja
Tiada apa yang percuma
Realiti tika tiada kerja
Oh! Papa kedanaaa!

Ooh! Pening kepala
Memikirkan tak ada kerja
Tanam Anggur
Sijil diploma
Ah! Gantung didinding saja

Ooh! Terpinga-pinga
Tak puas lagi beradu, mengantuk
Subuh hingga senja
Ah! Hari-hari sama saja

Ah! Nak bancuh kopi
Tapi gulanya tiada, minum saja
Kerja bagai nak gila
Tak juga kayaaa!

La La La Laaa… La, hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!
La La La Laaa… La, hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!

April 09,,,,bulan terakhir aku jadik student..hahaha...yesss...aku bebas..
lps ni kesan keatas aku
1.blik kg lepak
2.loan mara x da
3.pening pale carik kerja
4.mak mgnkin naik darah tinggi
5.abah menyusul...tgok anak dia releks...x dpt keje
6.masa untuk bayar hutang lps 6 bln tamat blaja..
7.pening...peningg...

bila engkau jauh



p/s:anuar dan shima..warrrgh..ramainyer org kawin tahun ni..pening2...biler turn aku ni.wakakkaka....

Sedapnya hati tidak jemu
Tak sabar bermanja
Hanya sehari tak bertemu
Macam selamanya

Rindukan tawamu
Yang menyegarkanku

Aku tersiksa dengan sendu
Bila engkau jauh
bila terasa sentuhanmu
aku terus sembuh

aku bermimpi riang terbang
pagi sampai senja
cinta di hati sudah kembang
untuk engkau saja

tidur atau jaga
rindu sentiasa

Aku tersiksa dengan sendu
Bila engkau berjauh
bila terasa sentuhanmu
aku terus sembuh

aku tak pernah bercinta
sampai terbalik seluruh duniaku
hanya satu yang kupinta
jangan tinggalkan aku

aku merayu oh kekasih
belailah hatiku
bila ku layu lagi sedih
curahlah kasihmu

kau dakaplah aku
sembuhkan piluku

Aku tersiksa dengan sendu
Bila engkau berjauh
bila terasa sentuhanmu
aku terus sembuh

jika kau rasa sepertiku
bila aku berjauh
biarlah dua jadi satu
bersama selalu
hanya kau dan aku

p/s:enjoy..

lepak jap wat mnde lain...FYP(final year pojek) ni wat otak aku overheated dan bosan....lagu ni aku dgr mse kndri ehsan n malia...2 April 09...(majlis resepsi dan persandingan serta makan malam) bersama tetamu jemputan khas iaitu Perdana menteri Malaysia,dan untuk ke akhir kalinya pak lah bergelar perdana menteri...hari ini sudah dimiliki oleh Najib..apa akan jadi kepada negara? setelah ditakluki oleh Najib???


kita tunggu dan lihat...jeng..jeng..jeng.....wahhh takutnyaa....huhu

Najib: Saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat.
Cier: ada aku kisah??
abah: mcm ni la anak abah...hahah..

October libra....

OCTOBER Birthdays:
Loves to chat. (aku ske borak ke?)
Loves those who loves them. (hmm...along...nak duit..)
Loves to take things at the center.(short-cut)
Inner and physical beauty. (heheh)
Lies but doesn't pretend. (bohong sunat)
Gets angry often. (sbb ader bwt naik darah)
Treats friends importantly. (sayang kwn :huda,zaem,mira,dila,qila,coyah,azea,echa & sme yg ada kt sekeliling aku )
Always making friends. (btol ke ni...)
Easily hurt but recovers easily.
Daydreamer.(kalaulah aku seorang jutawan...ustazah...saintis...doktor...jurutera...dll)
Opinionated.
(??..kengkadang blur tahap dewa)
Does not care of what others think. (aku pikir..apa org lain pkir...)
Emotional. (nth..ikut org kot..kalu org tuh x gedix..aku ok je..)
Decisive.
Strong clairvoyance.

Loves to travel, (balik kampung ske la..mak abah...nk relax...kt sni strees la..)
the artsand literature.
Touchy and easily jealous.
Concerned.
Loves outdoors.

Justand fair. (kalu aku adil..lama da aku jadik hakim mahkamah tinggi)
Spendthrift.
Easily influenced.
(kwn2 ajak isap dadah ngn rokok je aku x terpengaruh..dan yang dilarang oleh ALLAH ...yg lain jalan)
Easily loses confidence. (sometimes)
Loveschildren. (NADIAH BUCUK!!)


p/s:sumber dari facebook...jgn percaya...

Delete

Sblm ni ada post psl laptop aku.aku terpaksa delete sbb ia mendatangkan amarah aku...
sebelum aku bertukar jadik super hero baik aku delete aje...x yah pkir pasal laptop yang kengkononya rosak chipset...tetapi dalam kata sebenar adalah kesilapan HP.."Technical problem"...

yang menjadi masalah nyer ..cmner aku nk wat keje..aduih...pc pinjam yang aku gne skang ni kalu stakat wat word,website leh tampung lagik...cmner aku nk wat 3D..mau demam smpi final exam..

Dah akhir2, hujung2 nyawa aku kt UniKL ni la mende berharga bagi budak IT telah menjadi besi buruk..x gune pnyer HP...kalo nk kuar product testing la dlu...kalo stakat testing nk gne tok pakai buang leh la jual...tp yang nk gne tok bertahun2..dal la jual mahal ...adesss...hilang duit, aku nk kasi baik mende alah tuh...tapi prob nyer x baik2...cmne tuh....

org yg kt kedai HP pun mengakui yang product dorg x bgus...korg jgn bli tau tablet pc...jap g korg jadik cm aku...terdesak...time skang la bru terpikir KALAU LAH AKU SEORANG JUTAWAN.......

akan ku belikan diri ku sebuah laptop yang tidak nmpk zahirnya..hanya dialam maya..ceh mcm Virtual reality gitu..hanya ada satu board/device tuk access pada virtual screen...

p/s: aku seorang JUTAWAN/HARTAWAN.....amin..korg doakan eh..

Cuba teka brapa kali perkataan "mamam" disebut



p/s:mamam,mamam,mamam...mamamm...mammammm....jgn x mamam...

SALAM MAULIDUR RASUL...

selamat menyambut hari besar kelahiran Rasulullah S.A.W,Mari kita sama2 berdoa untuk kesejahteraan untuk diri kita sendiri,family, muslimin dan muslimat,memohon agar diberi petunjuk dan jalan bagi meneruskan hidup sebagai Umat Allah yang diberkati dan di sayangi... AMIN..



p/s: One happy family at home...kekkeke....selamat bercuti...lps gak penat g kndri kt pekan...fuhhh...

8 March 09 (kompang dipalu pengantin malu)


nurin jadik model hari bahgia anuar dan shima...will be update soon...

p/s:tgu mse free...kekek


Ketagih....addicted to.....jeng..jeng...

Sebelum aku nk blik kg cuti sem ni aku nk citer satu mende yg mngkin korg tekejut sebab korg msih x tau yang aku ada penyakit yang memang susah nk diubati...sume dah aku torai...doktor,bidan,dukun,tukang urut sume x leh tolong ubati penyakit aku.KETAGIHAN..itulah nama penyakit yang dah lama dah aku tanggung...

sudah macam2 nasihat mak aku bagi...tp aku tak endahkan,.tiap2 hari aku msti memuaskn nafsu aku..stok aku make sure ade kt umah...skang ni senang je nk dapt stok..mana2 pasaraya pn ada jual...tp tetibe baru2 ni naik rege...aduih...jadik aku kene la amik cket2 je...jimat..

satu hari aku perkenalkn barang ni kt dak umah aku...aku x sngka lak dia pn teringgin terjebak kat dalam kancah ni...tp aku x leh halang dia..dia dah ada duit, akal...LU PIKIR LA SNDRI!!...

skang aku dah ada geng nak layan mnde alah ni...x der lah aku bohsan...smbil2 tgok tb,borak2, kitrg layan...fuhhh..mmg besh la..tangan ni mmg x ley benti ..kalu dah bkk stok baru ..tang tuh jugak nak abiskn sume..lps 1, 1 lagik..menjadi2 btol lepas ada geng...lepas satu bungkus,,,sok malm satu bngks lagik...

smblil2 melayan...ktrg bncg pasl berita panas...pasal hutang piutang yang kitorg pinjam dari along(MARA)...ni lagi satu masalah..time dah nk abis blaja ni la along ni wat hal...x penah2 duit sara diri lmbt masuk..ini mnyusahkn aku ni..mne duit rumah,duit transport,duit mende alah tuh..,duit buku PHP(zaem aku byr lps blik cti k),duit tepon,dan lain2...smbli tgok2 iklan akhbar "pinjaman seluruh johor"...alamak johor plak..carik area KL..hhuhuhu..mne tau leh membantu...aku yang kering ni..

namun dengan sume msalh ni..aku dpt lupkan dgn pekena benda ni..mmg syok la..MELAYANG...keke...kata2 terakhir...selamat bercuti...to all my classmate and housemate

untuk sepupu aku selamat pengantin bru...!!(Anuar n pasangan & Ehsan dan pasangan..)

p/s:jom makan ramai2 kuaci cha cheer!!kekkekek..jangan telan kulit...jap g overdose..kekek

Abish Merajuk.....

Abish merajuk....maaf kan kami abish...

Semalam abish blik umah selepas penat membanting tulang 4 kerat mencari rezeki tok anak2 dia..tgok keadaan anak2 dia,sumer sihat2 tp, kami marah kat abish sebab masuk umah kami x mintak kebenaran pastuh nk kurang ajar pulak..wat gaya mcm malika (watak dalam drama anak betong)....grrrrr...

Kitorg letak anak2 abish dalam kotak sebab nk suh dia ddk luar umah..dekat balconi..bkn kami x bagi dia ddk dalm umah tp,kang ader najis pulak...budak2 mner reti nk g toilet..merata lak...

Sebelum ni kitorang slalu jugak marah tapi x der la smpi abish lari dari rumah..tp semalam abish degil x nak dengar cakap...dah slow talk ngn abish...

Kid: Abish..duk luar ek...jangan degil....(sambil tolak2 kotak anak abish..)
Huda: Dok luar la..
Cier: Tgok abish dengan gaya malika..wakakak (dlm hati kesian pulak)

Tak sempat kami nak habiskan kata2..abish trus meluru ketempat tidor semalam sambil dukung anak dia...dukung sorang je la...yg len dia tnggal...kitorg sme tekejut..ish degilnyer..

Kitorang dah x leh sabar da...slow talk sudah...aperlagik...Huda trus berdiri depan abish..sambil abish pandan tepat ke mata Hudaaa..

Huda :Abish!!! kuar....(dengan gaya cekak pinggang)
Abish :miao...miao...(ayat kesian)
Huda :Org kate kuar-kuar la!!!isk

Lepas baper saat..kene marah abish lari keluar x balik2 da..abish bwk anak sulung dia je..yg len tnggal..mngkin nak amik sok agaknya...

Esoknya bgun2...tgal kotak limau mandarin je...

Tetibe terdetik dihati kami rase cam bersalah pulak..cuba2 jugak tgok2 kat tmpt buang sampah x der...kitorg sbut2 nama abish...huhuhu...sedey...

Kat manalah abish tinggal..selamat kah abish dari gangguan bekas2 teman lelakinya yang kejam..serta cubaan donia yang amat berat untuk anak2 abish yang masih kecil dan dalam pantang..semoga ALLAH melindungi mereka..AMIN


MAAFKAN KAMI!!...we miss u all...(anak2 abish)

Rubbish A.K.A abish....

"Murahan" itulah kata2 yang paling tepat untuk membayangkn seorang makhluk Allah yang bernama abish..saban tahun datng ke umah pndn dgn membawa perut memboyot hasil dari perbuatan yang tidak bermoral iaitu mengandung luar nikah..rumah pandan ni adalah tak ubah seperti hotel persingahan abish untuk berpantang 60 hari dan menjaga anak2 yg masih kecil...

Hasil dari sikap abish yang suka berpoya2 abish berulang kali dengan tidak sengaja mahupun sengaja telah melahirkan benih yang tidak halal...tidak kira kulit kuning langsat,itam manis,itam kelat,coklat,putih,mahupun tompok,bermata biru,hijau,dan dll abish tetap redah aje...hasilnya anak2 yang tidak ber binti dan ber bin...isk..isk...

Anak2 yang masih kecil sudah ketiadaan bapa,selalu ditinggalkan tinggalkan oleh abish untuk mencari makan untuk dirinya..di tempat pembuangan sampah...disitulah sesi perkenalan kami dan abish yang dijumpai bermula sejak dari awl perpindahan kami ke rumah sewa pndn..demi sesuap makanan abish sanggup untuk megorek,mengigit dan makan dari hasil pembuangan....jijik..walaupn begitu abish redha kerana itulah satu2 nya punca rezeki yang mampu bagi seorang ibu tunggal...

Apalah nasih abish si ibu tunggal...

Kebayakan dari bekas teman lelaki abish merupakan samseng yang kejam...ini terbukti kerana bapa2kepada anak2 abish adalah tidak berperikemanusiaandan kerana tega memakan anak sendiri...oleh sebab itu abish saban tahun menceroboh rumah kami dan menumpang kasih dengan kami demi menyelamatkan anak2nya yang tercinta...


Anak2 yang dilahirkn oleh abish kebnyakanya berlainan bapa oleh lantaran kerana sikap abish yang tidak memilih...perbagai warna kulit dan saiz...utuk tahun 2009 ni abish selamat melahirkan 6 orang anak tampa sebarang bantuan atau pun pembedahan....

Tapi abish tetap degil untk melakukn perbuatan yang terkutuk itu tahun demi tahun wlaupun usianya makin lanjut (insaf la abish org kate kubur kata mari umah kata pergi)...tetapi satu yang kami kagum dengan sifat penyayang abish terhadap darah dagingnya ...bak kata pepatah "sedangkan haiwan sayangkan anak" ...sebagai ibu, abish amat menyayangi anak2 nya...anak nya tidak seorang pun kekurangan kasih syang...semua diberi sama rata ...makanan..kasih sayang...pakai...


moral of the story...yg baik kita ikutkn yg jahat kita tinggalkn...

ABISSSHHH.....INSAF LAH..


comel x anak2 abish?kekekek...

Final Year Project is began (0.01%)


wargghhhh.....cmne ni...final year pojek x gerak2..aiyokkk..sme msih samar2 dan dalam bayangan(mcm shadow kat atas tuh)..harap2 pojek ni akan dapt bg advantage kt cier,qila,azea mse mntk keje nnti...aminnnn...sape tere wat interactive website meh ler tlg2..kekekek

2009 yang akan merubah hidup aku




Tahun ni memang akan memberi makna kepada aku...sebab tahun ini tahun akhir aku sebagai pelajar dan akan bermula kisah baru sebagai pekerja ataupun penganggur yang bertauliah..hakhakhakhak...inilah yang amat membimbangkan aku sebab sebelum ni pengalaman aku menerima latihan industri di syarikat yang memberi banyak kenangan pahit berbanding manis...takutttt...disamping kesukaran mencari kerja pada zaman ekonomi yang kurang memberansangkan..Malaysia bolehhhhh....

Tapi walau apapun aku kene cari hidup yang lebih stabil dan mencapai tujuan dan impian hidup aku...

harini merupakan hari kedua aku menghadirkan diri ke kelas pada tahun 2009...aku dengan azam baru x mahu lewat masuk ke kelas...akhirnya terpaksa akur dengan semula jadi sifat aku..akhirnya aku tidak berjaya datang ke kelas awal...tp pertama kali sepanjng aku menjadi pelajar UNIKL aku masuk kelas dengan baru nk letak beg, bru nk tgok2 lecturer baru...tetibe Pn hana kata "ok class that's all for today"....hak..hak..hak..(membazir aku bli tiket putra n star)cesh......