Tukar2...sume dah dirombak...

keratan diambil dari Berita harian...
sambungan dari post sebelum ni "bila engkau jauh..."aku x sangka secepat ini kesan keatas aku..wah...naseb baik nk hbs blaja da...kalo x pening nk pkir..cmner ngn loan..cmner ngn yuran..cmner ???.najib...dah menguasai..muahahah

KUALA LUMPUR: Semua fungsi dan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) yang dibubarkan dalam Kabinet Datuk Seri Najib Razak minggu lalu, akan diserapkan ke lapan kementerian lain.

Kerajaan juga akan memastikan peranan utama MeCD sebelum ini terus diberi penekanan, terutama bagi melahirkan masyarakat perdagangan serta perindustrian Bumiputera, memperluaskan dan mempercepatkan pembabitan Bumiputera dalam arus pembangunan ekonomi, membangun kawasan pertumbuhan baru dan memperkasakan koperasi.

Perdana Menteri, dalam kenyataannya semalam, berkata fungsi Pembangunan dan Penggalakan Sistem Francais serta Pembangunan Skim Vendor dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Turut dipindahkan ke kementerian itu ialah Pembangunan Koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Maktab Kerjasama Malaysia, manakala Pembangunan Masyarakat Perindustrian Perdagangan Bumiputera, Institut Keusahawanan Negara (Insken) dan Bank SME diserapkan ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) pula dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM), Pusat Khidmat Kontraktor ke Kementerian Kerja Raya, manakala Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, Perbadanan Pembangunan Bandar, Perbadanan Nasional Bhd serta Bank Rakyat ke Kementerian Kewangan.

Mara dipindahkan ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, sementara Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Malaysia-Japan University (Maju) pula dipindahkan ke Kementerian Pengajian Tinggi.

Pada sidang medianya pula, Najib menegaskan pemansuhan MeCD tidak menimbulkan masalah kerana agensi di bawah kementerian itu tidak dibubarkan.

"Tugas dan tanggungjawabnya seperti biasa. Umpamanya, Mara kita kembalikan ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah seperti zaman Allahyarham Tun Ghafar Baba dulu.

"Lagi pun, menterinya sekarang seorang Naib Presiden Umno (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal). Takkan dia tidak boleh diharap melaksanakan program Mara," katanya.

Perdana Menteri berkata, pemansuhan MeCD tidak sepatutnya dijadikan isu kerana ia dilakukan untuk mewujudkan kerajaan yang lebih kecil dan cekap.

Mengenai LPKP, Perdana Menteri berkata, agensi itu ditempatkan di bawah JPM berikutan keputusan terdahulu untuk mewujudkan Lembaga Pengangkutan Kebangsaan yang merentasi pelbagai kementerian.

Beliau bagaimanapun berkata, keputusan belum dibuat mengenai Menteri di JPM yang bertanggungjawab menerajui badan baru yang dijangka dilaksanakan tahun ini.
_____________________________________________________________________

kesan keatas pelajar Unikl..
1.Akan jadi cam UITM---dulu2 uitm cam unikl...ada keistimewaan tok bumiputra..dll
2.Cmner ngn kuota pelajar bumiputera
3.akan ada MUET..muahaha..aku x yah amik..yes..sbb dah hbs
4.cmner ngn MARA?Susah ka kot..
5.yuran pengajian jadik murah ke?kalu cmtuh bgus la..kalo x parak...dah la PTPTN...tu kalo MARA x mo tangung da..
6.Bangga le cket...sblm ni org x biasa dengar UNIKL..siap ckp swasta eh...ok ke?mahal?
7.kalo UNIKL naik jadi IPTA...sblm ni unikl dimiliki oleh MARA..lps ni cmner dgn kelayakan nk msuk ..mesti jadi semakin susah..cmne nk tlg org kita...sblm ni unikl mmg dibina khas untuk tolong anak melayu...
8.kat mana lagi org yang kurang berkemampuan dari segi kewangan dan akademik nak pegi...tp ape pon UNIKL sblm ni mmg ok..mintak2 lps ni jadik lagi ok..jgn K.O

_____________________________________________________________________

p/s:ni cume pandangan aku je...aku kan anak abah...

la la la la la la la la la la la la la la la la



Gelisah, kugelisah
Mengenangkan masa depan
Kuharus kerja
Oh! Mesti kerja
Tiada apa yang percuma
Realiti tika tiada kerja
Oh! Papa kedanaaa!

Ooh! Pening kepala
Memikirkan tak ada kerja
Tanam Anggur
Sijil diploma
Ah! Gantung didinding saja

Ooh! Terpinga-pinga
Tak puas lagi beradu, mengantuk
Subuh hingga senja
Ah! Hari-hari sama saja

Ah! Nak bancuh kopi
Tapi gulanya tiada, minum saja
Kerja bagai nak gila
Tak juga kayaaa!

La La La Laaa… La, hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!
La La La Laaa… La, hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!

April 09,,,,bulan terakhir aku jadik student..hahaha...yesss...aku bebas..
lps ni kesan keatas aku
1.blik kg lepak
2.loan mara x da
3.pening pale carik kerja
4.mak mgnkin naik darah tinggi
5.abah menyusul...tgok anak dia releks...x dpt keje
6.masa untuk bayar hutang lps 6 bln tamat blaja..
7.pening...peningg...

bila engkau jauh



p/s:anuar dan shima..warrrgh..ramainyer org kawin tahun ni..pening2...biler turn aku ni.wakakkaka....

Sedapnya hati tidak jemu
Tak sabar bermanja
Hanya sehari tak bertemu
Macam selamanya

Rindukan tawamu
Yang menyegarkanku

Aku tersiksa dengan sendu
Bila engkau jauh
bila terasa sentuhanmu
aku terus sembuh

aku bermimpi riang terbang
pagi sampai senja
cinta di hati sudah kembang
untuk engkau saja

tidur atau jaga
rindu sentiasa

Aku tersiksa dengan sendu
Bila engkau berjauh
bila terasa sentuhanmu
aku terus sembuh

aku tak pernah bercinta
sampai terbalik seluruh duniaku
hanya satu yang kupinta
jangan tinggalkan aku

aku merayu oh kekasih
belailah hatiku
bila ku layu lagi sedih
curahlah kasihmu

kau dakaplah aku
sembuhkan piluku

Aku tersiksa dengan sendu
Bila engkau berjauh
bila terasa sentuhanmu
aku terus sembuh

jika kau rasa sepertiku
bila aku berjauh
biarlah dua jadi satu
bersama selalu
hanya kau dan aku

p/s:enjoy..

lepak jap wat mnde lain...FYP(final year pojek) ni wat otak aku overheated dan bosan....lagu ni aku dgr mse kndri ehsan n malia...2 April 09...(majlis resepsi dan persandingan serta makan malam) bersama tetamu jemputan khas iaitu Perdana menteri Malaysia,dan untuk ke akhir kalinya pak lah bergelar perdana menteri...hari ini sudah dimiliki oleh Najib..apa akan jadi kepada negara? setelah ditakluki oleh Najib???


kita tunggu dan lihat...jeng..jeng..jeng.....wahhh takutnyaa....huhu

Najib: Saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat.
Cier: ada aku kisah??
abah: mcm ni la anak abah...hahah..