Al-Fatihah untuk abah

Assalamualaikum,

lama da x post sibuk dan banyak perkara nk difikirkan dan diuruskan, terutama pasal arwah abah.

TAJUK : BAHAYA KANSER PANKREAS (menyerupai gastrik)

didiagnose di PPUM dr. menyatakan kanser sudah merebak dan berada ditahap akhir

Selepas sakit perut (abdomen sebelah kanan dan kiri) yang berterusan daripada muda hingga berusia,akhirnya selepas hari raya puasa, kanser mula menjadi agresif dan melemahkan sistem badan arwah, dan sistem badan makin tidak bertenaga untuk melawan penyakit sedikit demi sedikit.









Video tahun lepas selepas pulang dari mengerjakan haji, setahun jugalah abah semakin hari semakin kurus (kanser pankreas yang merebak ke hati+perut+usus)tahap akhir dan akhirnya abah meninggal dunia pada 26hb november 2010 hari jumaat penghulu segala hari.

Allah s.w.t lebih menyayangi abah, semoga abah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan dimasukkan kedalam syurga yang di idam2kan oleh semua umat islam, amin....